Kekeliruan Liberalis Memahami isu “Tiada Paksaan Dalam Agama” dan “Tunduk Kepada Sistem Islam”

Berkali-kali membaca artikel bertajuk “Penipuan Abdullah Zaik berkenaan liberalisme” (di pautan http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/penipuan-abdullah-zaik-berkenaan-liberalisme?utm_source=dlvr.it&utm_medium=twitter ), menambahkan lagi kasihan saya terhadap Farouk A Peri yang sebenarnya sedang keliru berkenaan konsep kebebasan dalam Islam dan ayat “Tiada paksaan dalam Agama” yang disebut Al-Quran lantas mendakwa penipuan Ustaz Abdullah Zaik sambil menerangkan dengan akal sendiri berhubung ayat لا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ dan konsep kebebasan.

Farouk A Peru nampaknya tidak dapat membezakan antara isu paksaan memeluk agama Islam dan mengikuti sistem islam. (Syariah Islamiyyah). Continue reading

Advertisements

Politik Akhir Zaman: Jaminan Kemenangan Islam

beritapagi

Pagi-pagi baca berita dunia hari ni, mengingatkan saya akan hadis yang menceritakan kronologi akhir zaman ini;

عَنْ مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عُمْرَانُ بَيْتِ الْمَقْدِسِ خَرَابُ يَثْرِبَ وَخَرَابُ يَثْرِبَ خُرُوجُ الْمَلْحَمَةِ وَخُرُوجُ الْمَلْحَمَةِ فَتْحُ الْقُسْطَنْطِينِيَّةِ وَفَتْحُ الْقُسْطَنْطِينِيَّةِ خُرُوجُ الدَّجَّالِ ثُمَّ ضَرَبَ عَلَى فَخِذِهِ أَوْ عَلَى مَنْكِبِهِ ثُمَّ قَالَ إِنَّ هَذَا لَحَقٌّ كَمَا أَنَّكَ قَاعِدٌ

Daripada Mu’adz bin Jabal, ia berkata; Rasulullah s.a.w bersabda;

“Makmurnya Baitul Maqdis adalah (menyebabkan/selepasnya) runtuhnya Yatsrib (Madinah), runtuhnya Yatsrib selepasnya adalah besar, munculnya peperangan besar selepasnya adalah pembukaan Kostantinopel (Istanbul), pembukaan Kostantinopel selepasnya adalah keluarnya Dajjal.”

Kemudian Baginda memukul lutut atau bahu Mu’adz, kemudian bersabda; “Sengguhnya ini benar seperti halnya engkau duduk.”

-Hadis Riwayat Abu Daud, dinilai Hasan oleh Syeikh Al-Bani dalam Sahih Sunan Abi Daud-

Hadis di atas memberi kita beberapa khabar penting akhir zaman;

1) Baitul Maqdis (Palestin) akan merdeka jua tak lama lagi. Gerakan Islam di sana seperti HAMAS dan rakan-rakan arab Palestin saya amat yakin bahawa mereka CONFIRM akan merdeka tak lama lagi.

Ini dikuatkan lagi dengan hadis Nabi yang lain bahawa pemerintahan Islam akan tertegak di akhir zaman;

…ثم تَكُونُ خِلَافَةً عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ ثُمَّ سَكَت

“…Kemudian akan wujud Khilafah menurut sistem kenabian. Kemudian baginda diam”.

-HR Ahmad. Dinilai Sahih oleh Syeikh Al-Bani dalam Silsilah Sohihah dan dinilai Hasan oleh Syeikh Al-Arnaout.-

Dalam satu analisis dan kajian, Baitul Maqdis akan merdeka sekitar tahun 2021-2027. (Rujukan: Kitab Dalil Murabitin li Tahrir Filastin, oleh An-Nubani)

2) Selepas itu akan berlaku juga pembukaan kostantinopel (Istanbul) selepas itu. Sebahagian ulama masa kini berpendapat apa yang dimaksudkan dalam hadis di atas adalah pembukaan kedua (selepas pembukaan pertama oleh Sultan Muhammad Al-Fateh)

3) Selepas itu akan turunnya Dajjal yang mana merupakan salah satu tanda besar hari Kiamat.

Wallah A’lam.

+ + +

Bukanlah niat saya untuk ajak kalian untuk sama-sama meramal bila Palestin merdeka, bila Islam bangkit, bila dajjal keluar, dan bila berlaku kiamat. Tapi cukup untuk sama-sama tadabbur ayat di bawah;

Firman Allah s.w.t:

اقْتَرَبَ لِلنَّاسِ حِسَابُهُمْ وَهُمْ فِي غَفْلَةٍ مُعْرِضُونَ

“Telah hampir kepada manusia hari perhitungan mereka (kiamat) sedang mereka berada di dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya.” (Surah Al-Anbiya’ : 1) Continue reading

Pertarungan Politik: Maqasid Tertinggi Al-Quran vs Maqasid Tertinggi Syaitan

Merenungi nasib anak bangsa dan Agama kita yang semakin berkrisis dan berjinak-jinak dengan musuh Agama, memberi isyarat kepada saya bahawa sememangnya anak bangsa dan Agama ini semakin lupa akan satu perkara.

Satu perkara yang sudah jarang didengari dalam laungan gerakan-gerakan Islam di Malaysia hari ini, jauh sekali hendak diterjemahkan dalam amal nyata mereka.

Perkara tersebut adalah ; memperjuang maqasid tertinggi Islam. Ia adalah perjuangan dan pertembungan utama di alam dunia ini, sebagai persediaan menuju alam barzakh dan alam akhirat. Continue reading

Mengiktiraf Kuasa Tertinggi Milik Manusia Adalah Melanggar Hak Allah swt

Rukun Islam yang pertama ialah : Kita bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah utusan Allah.

Pengakuan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah bermakna mengesakan Allah dengan sifat Uluhiyyah dan tidak
meletakkan makhluk setaraf dengan mana-mana sifat khusus Uluhiyyah Allah.

Sifat khusus Uluhiyyah yang paling utama ialah hak Hakimiyyah (pemerintahan/kekuasaan tertinggi) Allah secara mutlak. Sifat khusus inilah yang memberikan Allah hak untuk menentukan undang-undang yang perlu dilaksanakan hamba-hambaNya, hak untuk menentukan manhaj (sistem/methodologi) yang perlu digunakan oleh manusia di dalam kehidupan mereka, dan hak untuk menetapkan neraca yang akan digunakan di dalam kehidupan manusia.

Pengakuan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah tidak akan terlaksana dan tercapai, melainkan dengan mengiktiraf bahawa hanya Allah yang berhak menentukan manhaj yang akan digunapakai di dalam kehidupan manusia dan berusaha merealisasikan manhaj supaya terlaksana di dalam kehidupan manusia.
Continue reading

Pelaburan Emas : Syarat Syara’ Yang Wajib Dipatuhi

emas-batangan

Seperti yg diketahui umum, sekarang ini terlalu byk skim pelaburan emas. Sbg contoh; kita melabur sebyk RM10k dan berdasarkan pelaburan itu kita akan mendapat pulangan sebyk RM1.7k – RM2k setiap bulan. Apakah hukumnya melabur dalam skim ini dan bagaimana pulak dgn hasil yg kita dpt setiap bulan tu…Jika tak halal, apa yg perlu dibuat pada duit hasil pelaburan itu

 

Pertama sekali, kita perlu mengenal pasti terlebih dahulu syarikat tersebut mempunyai title shariah compliant atau pun tidak. Jika syarikat tersebut merupakan syarikat besar yang terlibat dengan pasaran kewangan seperti capital atau money market, saudara boleh menyemak samada syarikat tersebut termasuk ataupun tidak di dalam senarai syarikat patuh shariah yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dalam pautan ini : http://www.sc.com.my/data-statistics/list-of-shariah-compliant-securities-by-scs-shariah-advisory-council/

Continue reading

Hutang & Saham ASB Dikenakan Zakat?

zakat

Sy ada buat pinjaman sebyk RM100k dgn bank utk melabur dlm ASB bg tempoh 10 tahun. Bayaran pinjaman dibuat secara bulanan. Setiap tahun sy akan dapat dividend. Soalan sy, apabila cukup haulnya adakah sy perlu mengeluarkan zakat sbg zakat wang simpanan.

Pertama sekali saudara mestilah memastikan saudara membuat pembiayaan secara islamik iaitu dengan mengambil khidmat dari mana-mana institusi perbankan Islam yang diiktiraf Bank Negara Malaysia. Continue reading